Saturday, June 12, 2010


Majukadap agrofarm telah beroperasi hampir 8 tahun. Dimiliki sepenuhnya oleh Gotak Ilmu Sdn. Bhd. Terletak di Kg. Semangat 1 Titi Gantung Bota. Farm ini terletak di tepi ban sehinggakan pengusaha menggelarkan tempat ini sebagai kebun tepi ban. Operasi utama ialah penternakan, landskap dan hasil tani.Pengusaha mengalu-alukan sambutan dari orang ramai untuk berkongsi pendapat atau modal bagi memajukan farm ini.

Blog ini juga berhubung dengan blog sudokuis123.blogspot.com

Thursday, June 10, 2010

Pemandangan ini menunjukkan sebuah kolam yang terletak di depan kebun. Kolam ini adalah tempat itik-itik membersihkan diri.

Maklumat lanjut tentang harga ayam, itik, telur dan apa-apa saja yang berkaitan dengan bidang pertanian bolehlah menghantar e-mail ke majukadapagrofarm@gmail.com atau dengan menelefon no. 012-5544273

Pemandangan ini menunjukkan sebuah rumah yang digunakan untuk orang luar yang bekerja.

Wednesday, June 9, 2010


Sebuah kedai yang dibina di depan kebun. Jualan baja, anak pokok, hasil ternak dilakukan bagi menampung kos pertanian dan ternakan.

Tuesday, June 8, 2010

Tempat yang disediakan khas untuk ayam dan itik berteduh semasa hujan


Pemandangan disebelah ialah sebuah rumah yang didirikan khas untuk ayam dan itik berteduh semasa hujan. Jika hujan mula menitik ayam dan itik di sini akan mencari tempat untuk berteduh, iaitu di rumah ini. Ada juga sesetengah ayam dan itik masih berkeliaran walaupun hujan sudah mula turun kerana sudah biasa dengan keadaan sebegitu. Kebanyakan itik tidak akan berteduh disini, tetapi lebih kerap berada di sebuah kolam yang terletak berdekatan dengan rumah ini lebih-lebih lagi pada waktu hujan kerana waktu inilah kolam ini menjadi semakin dalam disebabkan air yang terkumpul di kolam ini.